Want your
own Fotopage?







 
Macam2 ada from Pakcik MMA@ Faiz Nordin

By: Mohamad Faiz Nordin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy besday

 
 
 
View all 8 photos...
happy besday to me. thanks kepada mereka yg bg suprise cake kat aku. refer kat my blog [http://faiznordin.blogdrive.com]

Care to comment?


Monday, 20-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan ke kuching

 
 
 
View all 61 photos...
sila masuk ke my blog @ http://faiznordin.blogdrive.com[http://faiznordin.blogdrive.com].

Care to comment?


Sunday, 12-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat kem PLKN

Mendapat taklimat dr pegawai kem
Barisan peserta khusyuk mendengar taklimat
Majlis perasmian
View all 9 photos...
Hari ni aku melawat kem Khidmat Negara di Kem Paya Indah. Ini kerana aku join program anak angkat bersama mereka. Aku rasa kalau aku masuk khidmat negara ni, hidup aku akan berubah. Khidmat negara ni menjadikan mereka lebih berdisplin tp dlm kem ni pergaulan agak bebas gak. Mereka yg takder awek or balak, leh carik couple kat sini. hahaha.

Care to comment?


Monday, 23-Jan-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy besday my baby

 
 
 
View all 5 photos...

Care to comment?


Saturday, 21-Jan-2006 05:20 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran Restoran AF & Catering

 
 
 
View all 13 photos...

Care to comment?


Thursday, 5-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Interview dgn sm

Muker2 sebelum diinterview
Bergambar sat ngan dj sblm diinterview
Aku ngan SM khusyuk berdiskusi
View all 20 photos...
Alhamdullilah, selesai interview aku dan SM bersama radio MMU. Thanks kepada dj yg bertugas dan SM sendiri. Aku berasa bangga dpt berdiskusi bersama "Bapa Blog Malaysia" (Leh ker panggil gelaran camtu?) Sepatutnya Sultan Muzaffar layak dipanggil gelaran tersebut kerana kalau sapa yg kaki blog or kaki af mesti kenal Sultan Muzaffar. Thanks sgt2 kepada SM yg sudi dtg ke MMU dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai dunia blog. Walaupun agak gementar pd mulanya tetapi SM dpt mengawal perasaan gementar tersebut dan berjaya menyempurnakan sessi interview ini. Aku dgn rasa rendah diri, merasa sgt bertuah kerana dpt bertemu dan berdiskusi bersama SM. Thanks a lot kepada DJ Fyza kerana sudi menjemput aku. Ini merupakan pencapaian terbaik ut blog aku sejak aku menulis blog pada tahun 2003.

So far, diskusi tadi banyak bercerita tentang blog dan secara keseluruhannya SM telah mengadaptasikan segala pengalaman dan pandangan beliau mengenai blog kepada student2 MMU. Banyak nasihat yg telah SM beri kepada kami. Aku dijemput sebagai mewakili student2 MMU yg mempunyai blog dan aku memberikan pandangan aku mengenai blog dr sudut seorang pelajar. DJ berkenaan cuber mengaitkan segala pengalaman dan pandangan SM dgn pandangan aku sendiri sebagai student MMU. Aku memuji cara SM diwawancara kerana SM bijak menjawab soalan yg diajukan DJ. Tak mcm aku yg banyak menggunakan bahasa rojak dlm menjawab soalan. Huhu. Bg aku, pengalaman berdiskusi sebegini membuatkan aku lebeh bersemangat utk berblog dan aku dpt belajar something dr diskusi tersebut agar aku lebeh matang dlm menulis blog.

Actually SM sampai di MMU lebey kurang kol 12.30 dan kami terus membawa beliau ke Sirah Cafe utk lunch. Agak malu2 gak la kitaorg dgn SM coz ni kali pertama kami bekerjasama dan berbual panjang dgn SM. Sebelum ni aku hanya beberapa kali berjumpa SM dan hanya bercakap or just bertegur sapa. Pas lunch, kami terus ke depan library utk berbicang apa yg patut dibincangkan dlm interview tersebut. Sedang kami berbincang, ada seorang mamat kat sebelah meja kitaorg cam gelisah jer. Aku ingat mamat ni bising coz kitaorg ganggu dier study rupanya setiap apa yg kami bincangkan, dier mendengarnya. Mamat tersebut merupakan salah seorang peminat blog SM dan terus menyapa kitaorg. Pastu aku terus bwk SM masuk library menggunakan ID card Fyza kerana SM nak lihat library MMU dgn secara dekat. Tak semena2, terjumpa adik farah @ miss orchid yg kebetulan sedang study dgn member beliau. Terus tergamam dan tergugup adik farah apabila melihat SM di belakang aku. Kebetulan laks, adik farah juga seorang bloggers tetapi dah pencen. hehehe.

Akhir kata, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Radio MMU terutamanya DJ bertugas, Fyza. Thanks sekali lg kepada SM dan aku mendoakan agar SM dpt terus menghiburkan kami dgn catatan blog SM especially mengenai AF. Thanks kepada yg menolong kami td iaitu Kak Nurul, Kak Farah dan Diana Blitsss. Dan yg penting kepada yg mendengar sessi interview td, diucapkan ribuan terima kasih kepada u all. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada bahasa yg aku gunakan td yg menyinggu perasaan sesapa.


Ni lah antara gambar yg aku snap masa aku ngan sm diinterview di radio mmu. details, masuk blog aku. <<<<<<salah ayat tu pakcik MMA.....mcm mana ko lak yg snap padahal ko diinterview...apa daaaa....edit cepat....huhuhhuhu Thu 5-Jan-2006 15:51
Posted by:arah  - [Link]
hmm. hehehe. silaps. nanti aku edit k. Thu 5-Jan-2006 16:11
Posted by:Pakcik MMA  - [Link]
Add comment


Sunday, 1-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
New Year Countdown

Percikan Bunga Api
Bunga api lg
Dan Lagi
View all 6 photos...
Hello. Berjumpa lagi tapi kali ni kita bertemu pada tahun baru 2006. Well, how's ur new year? Hope u all having fun sepanjang sambutan new year 2006. Gembira, gembira gak but jgn lupa yg kita masih lg adat resam yg perlu kita jaga. Banyak jugak tempat yg buat sambutan new year ni. Tapi yg pasti Dataran Merdeka ngan KLCC serta Bukit Bintang menjadi tempat wajib nak tgk bunga api. Aku mmg plan nak pi dataran or KLCC tp biler tgk artis yg wat persembahan buat aku nak muntah. Hahaha. Dataran ngan klcc kan media prima conquer (8TV ngan TV3). So apa lg, budak2 malaysian idol pun ada la wat persembahan. If MI satu kirer ok gak la tapi MI 2 aku loya nak dgr. Hahaha. (lain mcm jer bunyinyer). So, aku tetiber tukar plan. Nak pi sambut new year kat Ikano Power Center (area2 IKEA). Ingat sambut kat sana ala2 skema tp rupanya kat sana baru kita leh tgk semangat malaysian kat sana. Seramai 50000 pengunjung yg hadir. Ada melayu, cina, india dan bangsa2 lain yg tak dpt dikenalpasti. Huhu. Bukan tu jer, sami budhha pun join. Bg org islam laks, yg pakai kopiah ngan pakai tudung labuh pun ramai gak. Siap bwk family lg. Dr segi umur laks, ada yg lebeh tua dr mak aku pun dtg. Huhu. Aku berbangga coz aku rasa aku anak malaysia yg sejati mlm tu. (Mcm sambut countdown merdeka jer). Huhu.

Aku pi kat IKANO ngan my baby, qayyum ngan faidah. Kitaorg berempat sampai kat sana lebey kurang kol 4 ptg. Sebelum tu aku ngan my babymelantak makan lunch kat Hartz Times Square. Masa makan kat situ, ada la satu accident yg menggelikan hati. Hehehe. Masa aku tgh makan, si my baby ni ckp kat aku suruh aku pandang sorang girl cina. Aku pun pandang la dgn cover. Aku tgk, oh my god, 12 ketul ayam dlm 3 pinggan yg berlainan dpt dimakan dgn rakusnya. Aku yg tgk dier makan pun nak muntah. Biar betik minah ni. Dah la kurus, dtg sorang and melantak 12 ketul ayam. Bukan kitaorg berdua jer perasan tetapi semua org dlm hartz tu perasan dan geleng kepala. Mmg dahsyat la. Seyes. Amoi cina tak pedulikkan org. Agaknya dlm hati dier, dier pk nak release tension kot. Ye arr. Org camtu mesti kepala tgh weng2. Haha.

Pas dah makan jumpa si qayyum ngan faidah yg tak join lunch kitaorg melantak sambil melihat show. haha. Jg makan kot dorang ni. Patutla badan dorang ala2 kurus gitu. Jgn marah eekk qayyum ngan faidah. Hehehe. Pastu kitaorg gerak pi IKANO. Jln takla heavy sgt coz aku lalu highway penchala link (Satu2nya jln yg ada terowong kat KL). Sampai kat IKANO pukul 4 ptg. Pastu jalan2 la kat IKANO. Si ffaidah shopping gak la. Tapi kitaorg berdua (aku ngan fiza) dah kekeringan duit. hehe. Melantak hartza punya pasal la. haha. Pastu jln2 kat the curve. Seyes best. Mcm berada kat singapore jer. Waktu tu mula masing2 perasan konon2 sambut new eve kat Orchard Road. Haha. The curve ni agak unik gak la. Coz dier menggabungkan pasar malam ngan shopping complex. Ambik gambar sakan woo kitaorg kat the curve.

Mlm tu tetiber lapar. Padahal lunch td aku ngan si fiza dah melantak. Hahaha. Apa lg. Pi la makan kat IKEA. Makan kat IKEA kan syok. Makanan sweden dier best woo. Pas makan kat cafe IKEA, terus wat kerje giler masing. Nak rancang rumah tangga kat IKEA. Haha. Si qayyum yg sebelum ni dikenali ngan ala2 pemalu pun terus jd giler. At last show room IKEA tu jd studio utk kitaorg amik gambar. Kan dorang nyer design lawa. Sampai kitaorg sumer kene sound, sumer telah hilang giler nak amik gambar. Huhu. Pastu turun bwh, kat pentas utama. Tgk2 artis taiwan (sapa ntah nama dier) ngan dj2 MY FMtgh wat show. Melepas laks nak tgk show ERA fm. Huhu. So, kitaorg masuk balik kat IKEA and tido kat kerusi. (Boley camtu???). Hahaha. Kitaorg dtg sana sbb nak tgk bunga api. Khabarnya bunga api kat IKANO yg terbesar di Malaysia. So, kitaorg tido sampai kol 11.45 mlm. Pastu kitaorg kuar la kat kawasan lapang depan IKEA. Penonton2 kat situ dah ready ngan spray buih yg selalu ada kat disco tu. Si faidah dah naik rimas sbb dier tak suker spray tu. Dah la bersesak tu. Aku ngan fiza layan jer. So after countdown, kawasan lapang kat depan IKEA dah jd cam disco. Siap main spray. Abis baju aku penuh buih. Haha. Rambut aku dah tak nampak warna itam. Dilimpahi buih dan tali yg dtg dr botol spary tu. Pastu kitaorg sumer tgkla bunga api. Mmg lawa seyh. Dekat 15 minit bunga api kat sana. Mmg bermacam2 versi. Seyes lawa.

Lepas tgk bunga api tu, balik la. Mmg jalan jam giler. Masa tgh drive tu, keter bau hangit. So berenti la kat rawat rehat bukit kiara. Rupanya gasket minyak itam aku rosak dan membuatkan minyak itam licking ke atas. Huaaa!!. Muker masing2 dah cuak. Nasib baik la ada pakcik teksi yg tolong. Dier ada minyak itam percuma and bg kat kitaorg tanpa sebarang bayran. Thanks pakcik teksi tersebut (tak kenal laks nama dier). Huhu. Pastu terus balik MMU and sampai kat MMU kol 1.30. Sessungguhnya hari tersebut banyak pengalaman aku dpt utk pengajaran aku di masa hadapan.

Care to comment?


Wednesday, 28-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Presentation E Commerce

 
 
 
View all 8 photos...

Care to comment?


Tuesday, 27-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Starhill Gallery

Main Entrance
Pintu masuk star hill
Ni lah keadaan dlm tandas....huhu
View all 10 photos...
Yang uniknya Starhill nie,tema foodcourt kat situ semuanya berasaskan kayu dan cara setiap keadaan kedai jugak berbeza.Yang menarik perhatian aku ade satu kedai ni,100% rekaan dia sebijik macam tempat bar Cowboy.Giloss arr..Lawa bangett!!!Hehe...Ade jugak design macam kita makan dalam sangkar.Huhu..Terasa mcm batak laa jugak masa kitorang kat situ.Ada lagik satu menda yg menjadi tarikan aku ialah tandas kat situ.Terasa macam aku tak berani jerk nak kotorkan dan membasahkan tandas tu.Sebab terlampau unik giloss!!!Dalam tandas tu ada seorang tukang jaga.Masa aku nk basuh tangan punya laa batak aku sebab sinki dia sangat laa lain!!!Sinki tu dia amplikasikan dari kayu.So kita boleh nampak laa air tu mengalir dari atas.Macam ala-ala tradisional laa jugak.Huhuhu...Tapi sempat jugak laa ambik gambar dalam tu atas bantuan org yang jaga tandas dalam tu.Hehe...

Ada lagik menda yang aku paling suka sangat-sangat.Terdapat satu bahagian yang memisahkan sempadan shopping complex starhill tu dgn JW Mariot.Lorong kat situ seriusly mmg penuh dengan lampu kecik-kecik.Atas,bawah,kiri,kanan semua dinding ala-ala kaca.Pastu,dalam kaca tu kita boleh nampak ada lampu kecik-kecik yang seriusly memukau mata aku sehinggakan ramai budak-budak kecik dan org-org tua semua stop kat situ sebab menarik perhatian ramai...Aku jugak berkesempatan ambik gambar jugak kat situ memandangkan taknak kempunan satu hari nanti.Hehehe...Selain itu jugak,design sekitar dalam bangunan itu jugak dihiasi pokok lalang yang kita selama ni anggap suatu pokok yang tak berguna.Tapi telah di ampplikasikan oleh pereka-pereka Starhill ni untuk menjadikan suatu hiasan yang seriusly memukau...Lif-lif kat situ jugak pelik.Bukak pelik sebab designnye.Tapi pelik dari segi nama setiap tingkat bangunan itu.So kita sendiri jadi kompius bila nak naik lif tu sebab dia tidak menyatakan nombor tingkat itu sendiri tapi hanya menyatakan nama yang unik bagi setiap tingkat tersebut..Huhuhu...Sesetengah tingkat itu mempunyai kawasan-kawasan galery hasil lukisan-lukisan yang lawa giloss dan jugak semestinya mahal.Terdapat jugak kawasan rehat di tingkat bawah di mana di situ ada air terjun mini dan jugak kerusi-kerusi yang pelik-pelik bentuknya...Hehehe...


nice entry..

happy new year 2006
Mon 2-Jan-2006 06:47
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~  - [Link]
Add comment


Saturday, 24-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sunway Lagoon

 
 
 
View all 12 photos...
Isi entry ni akan diupdate dlm masa terdekat

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.